Gempar: Aktor Jeon Tae Soo Mati Selepas Lama Bertarung Derita Tekanan Mental

Penghujung tahun 2017 dikejutkan berita kematian ahli Shinee bernama Jong Hyun yang mati sebab bunuh diri akibat derita tekanan jiwa. Hari ini, industri perfileman Korea pula dikejutkan dengan berita kematian aktok kacak, Jeon Tae Soo yang telah mati pada 21 Januari 2018 di usia 34 tahun.

 

Pengurusan aktor berkenaan iaitu Haewadal Entertainment telah mengesahkan bahawa sebelum mati, mendiang sebenarnya telah melalui rawatan tekanan perasaan sebagai persediaannya untuk kembali aktif berlakon.

 

Walaupun kesihatan mental Jeon Tae Soo mengalami perubahan yang baik, namun ahli keluarga dan sahabat handainya terkejut menerima berita kematian aktor ini. Aktor yang juga adik lelaki kepada pelakon wanita hebat Korea Ha Ji Won merupakan seorang pelakon yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia lakonan.

 

Keluarga Mendiang.

Malah, bakat lakonan mendiang sama hebat dengan kakaknya, Ha Ji Won dan turut berbakat besar dalam seni lukisan. Dalam pada itu, Haewadal Entertainment memohon agar netizen tidak mengeluarkan sebarang spekulasi negatif terhadap kematian aktor ini.

 

Sementara itu, majlis pengkebumian dan memperingati pelakon ini akan dijalankan secara tertutup oleh pihak keluarga. Majlis ini hanya akan disertai oleh keluarga terdekat mendiang dan hanya boleh dihadiri oleh jemputan tertentu saja.

 

Bersama kakaknya, Ha Ji Won yang juga pelakon hebat di Korea.

 

Malah, pihak keluarga juga memesan agar pihak media tidak hadir dalam majlis berkenaan bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada mendiang. Aktres Ha Ji Won pula difahamkan telah membatalkan semua jadual lakonan dan promosi filem demi menyertai keluarganya dalam majlis penghormatan terakhir ini.

 

Pada asalnya Ha Ji Won dijadualkan menyertai promosi filem Manhunt pada 22 Januari 2018 dan sesi temuramah dan tayangan perdana filem berkenaan pada 24 Januari 2018. Ha Ji Won ada hadir ke Malaysia tahun lalu untuk mempromosikan filem yang sama.

Kongsikan artikel ini