Patutkah Kami Putus? Lelaki Keliru GF Nak Tidur Dengan Lelaki Lain Jika Tidak Dipujuk!

Selepas bertengkar dengan teman wanita, lelaki yang dalam hubungan dingin menerima mesej mengejutkan dari buah hatinya itu. Kisah ini telah didedahkan dalam laman komuniti Korea pada 19 Julai yang tertera ugutan dari seorang teman wanita kepada teman lelaki.

Menurut tulisan tersebut, lelaki itu bergaduh besar dengan teman wanitanya baru-baru ini. Selepas itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk memikir sama ada hubungan mereka wajar diteruskan dengan mengumumkan hubungan dingin sesama mereka.


Sementara itu, lelaki tersebut menghubungi teman wanitanya dan berjanji akan melakukan yang terbaik. Mereka berdua masing-masing mengaku salah kerana tidak melakukan terbaik antara satu sama lain sebelum ini.  

Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku bahawa pernah berfikir untuk mengakhiri perhubungan itu.

“Saya hanya bergaduh dengan teman wanita saya. Tapi, saya amat risau sama ada patut meneruskan hubungan ini dengan dia selepas mendengar dia hampir tidur bersama dengan lelaki lain,” katanya.

FOTO HIASAN PEXELS


Oleh kerana itu, lelaki tersebut menimbulkan pertanyaan baru dengan runsing mengatakan  benarkah wanita pada kebiasaan selepas bergaduh dengan teman lelaki akan tidur dengan lelaki lain jika teman lelakinya tidak memujuk?

Pertanyaan tersebut menimbulkan  reaksi negatif dari warganet. Antaranya ialah secara tidak langsung mereka sudah melihat sekilas pandang masa depan hubungan ini. Dia dinasihatkan agar lebih baik mengatur langkah berjaga-jaga sebelum tersepit. Malah, ada yang mengatakan persoalan yang dibangkitkan lelaki ini tidak masuk akal.

Kongsikan artikel ini