Polis Cari Individu Goda Murid Sekolah Rendah Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah Dari Sekolah

Pihak Polis telah melancarkan penyiasat terhadap individu dewasa yang dilaporkan cuba menggoda murid sekolah yang pulang dari Sekolah Rendah yang terletak di Gimhae, Selatan Daerah Gyeongsang, Korea Selatan.

Menurut maklumat polis yang dikeluarkan pada 18 Mei 2021, ibu bapa pelajar sekolah berkenaan telah memberitahu guru pada 11 Mei bahawa anaknya hampir digoda dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Selepas laporan tersebut diterima, rupa-rupanya ada enam mangsa yang menghadapi peristiwa sama pada hari berkenaan yang rata-ratanya antara darjah satu hingga 3.
Mangsa memberitahu, penjenayah berkenaan telah menawarkan mereka untuk membeli ais krim dan juga mengajak mereka untuk melihat kucing.

Foto Hiasan X-Frame


Polis memaklumkan, mereka telah melaksanakan laporan rasmi tentang situasi berkenaan pada 14 Mei 2021. Berdasarkan keputusan siasatan yang pada 17 Mei, pihak polis masih lagi tidak dapat mengesan secara rasmi penjenayah berkenaan lagi tetapi masih lagi terus melakukan siasatan lebih terperinci.

Setakat ini, semua CCTV berdekatan sekolah berkenaan sedang di analis. Jika identiti penjenayah berkenaan dikenal pasti, mereka akan memastikan sama ada individu berkenaan ada tujuan jenayah atau sebaliknya.

Sesetengah ibu bapa yang mendapat tahu akan hal ini menjadi panik apatah lagi insiden ini masih lagi belum dikenal pasti puncanya.