Digelar Online Boyfriend, Aktor Taiwan- Greg Hsu Jadi Kegilaan Wanita Korea!

Tatkala syarikat perfileman Korea mencadangkan nama pelakon Hsu Kuang Han atau lebih dikenali dengan nama Greg Hsu, pelbagai pertanyaan diluahkan mengenai identiti sebenar lelaki ini. Bagaimanapun, selepas meneliti lebih dekat, rupa-rupanya, jejaka dari Taiwan ini merupakan aktor yang mempunyai ramai peminat di Korea.

Malah, Greg Hsu bukanlah aktor baru sebaliknya dia merupakan bintang dunia yang mulai dikenali menerusi drama Sleeping In Ram pada 2013. Dilahirkan di Taiwan pada 1990 dan dibesarkan di China, Greg Hsu sudah berlakon lebih 17 karya hebat.


Nama Greg Hsu mula menjadi bualan ramai pada 2019 apabila filem lakonan seperti Cho Sik Juang Ah Annie, Byung Seon Man dan 1006 Visitor menjadi topik hangat peminat di seluruh Asia dan antarabangsa.


Peminat drama Taiwan berkonsepkan romantik tertawan dengan drama lakonan berjudul Boss Knee dan ia dikategorikan sebagai naskhah terbaik yang bukan saja menampilkan mutu lakonannya yang bagus tetapi jalan cerita dan produksi yang berkualiti.


Drama tersebut telah ditayangkan di Korea merusi saluran Netflix, Watcha, Wave dan TVing dengan mendapat sambutan luar biasa sehingga drama ini akan di remake dalam versi Korea. Lakonan Greg Hsu dalam drama tersebut mendapat tontonan mencecah 1 billion sebagai teraju  utama.

Atas dasar itu, dia telah menerima panggilan sebagai teman lelaki atas talian oleh warganet.  Dalam pada itu, ada pihak menganggap Greg Hsu bertuah kerana memiliki wajah persis aktor Korea dan ia menjadi kelebihan untuk dikenali ke peringkat dunia.

Kongsikan artikel ini