Guna Nama Arif & Tutup Tattoo, Filem Lucah Homo Model Malaysia Masih Laris

Wajah model ini memang ada mirip lelaki Korea. Malah, ramai juga mengingatkan dia bukan warga Malaysia kerana keunikan wajahnya yang ada kalanya boleh berubah jadi Melayu, Cina dan Korea. Namun, penggiat seni peragaan tahu dan kenal model lelaki yang kini sedang meniti pentas peragaan komersial selepas berkenalan dengan jurukamera kacak dan sado yang sering menjadi pilihan untuk merakamkan foto figura lelaki dan perempuan yang cantik, kacak dan seksi di Malaysia.

Walaupun penglibatan model ini sudah kantoi dan diberi peluang untuk memberikan pencerahan sama ada benar atau tidak dia yang berlakon dalam filem pendek homo itu, KOREA BUZZ difahamkan model ini masih lagi belum berani tampil untuk berikan penjelasan. Malah, dia hanya mampu diam seribu bahasa. Ini berkemungkinan besar dia takut statusnya sebagai pelajar institusi swasta mungkin bakal dilucutkan kerana penglibatannya dalam dunia seks porno golongan homoseksual secara haram.

Bayangan Tatu yang dimilikinya



Walaupun dalam video tersebut dia cuba menyamar dan menutup tanda-tanda ketara yang ada di badannya iaitu tattoo, wajahnya masih lagi sama walaupun ketika ini dia sudah kelihatan lebih kacak dengan wajah tajam dan kulit lebih cerah berbanding dia dalam filem seks itu.

Sungguhpun penglibatannya sebagai hero seks porno itu lebih kepada pemilihannya sendiri, namun, KOREA BUZZ difahamkan dia turut menyamar jadi Melayu dengan menggunakan nama komersial sebagai pelakon iaitu Arif Kristiano. Berkemungkinan besar, dia juga mahu cuba kelirukan masyarakat sama ada dia berasal dari Malaysia, Indonesia atau pun Singapura.

Bayangan bentuk badan model tersebut


Yelah, produksi atau penerbit filem seks porno ini difahamkan berasal dari Singapura kerana sebuah laman web rasmi telah menjual filem-filem ini secara meluas tanpa rasa bersalah. Isu ini tidak bangkit jika filem berkonsepkan artistik atau pun eksotik. Namun, rata-ratanya yang pernah tertonton mengkategorikan filem tersebut sebagai filem lucah kerana model ini tanpa segan telah menayang seluruh badannya termasuk alat sulitnya itu dari sebelum reaksi sehinggalah klimaks. Malah, babak seks yang dilakukan bukanlah teknik kamera langsung. Betul-betul adegan seks lelaki dengan lelaki.

Jadi, kepada yang mengenali lebih dekat model yang guna nama Arif ini supaya menasihati dia agar hentikan kerja ini walaupun dia bukan Islam. Ini kerana ia menjejaskan imej negara. Lebih baik mengaku sebelum lebih ramai lagi model di Malaysia dituduh kerana mempunyai bayangan sama seperti dia. Kasihankan industri model di Malaysia yang baru nak berkembang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hentikan sebelum ini terus merosak banyak pihak.  

Kongsikan artikel ini