Guru Dera Kanak-kanak OKU Umur 9 Tahun Di Sekolah Rendah Darjah Khas Hingga Lebam!

Seorang guru telah didakwa kerana mendera kanak-kanak kurang upaya di sekolah rendah darjah khas di Incheon tidak mengaku salah.

Menurut Pejabat Pendidikan Incheon Metropolitan pada ke-4 Mei 2021, seorang guru wanita sekolah rendah  berusia lingkungan 20an telah didakwa tanpa penahanan fizikal atas tuduhan penderaan fizikal di bawah Akta Khas Hukuman Penderaan Kanak-Kanak menafikan tuduhan itu dalam siasatan pihak berkuasa pendidikan.

Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 9 tahun memberitahu guru tersebut telah memukul anaknya itu dengan kayu daging lembu sehingga menyebabkan lebam atas alasan anaknya itu melakukan kesalahan disiplin.

Berdasarkan penyiasatan, kanak-kanak itu dikatakan tidak membuat kerja sekolah di ruang belajar pada 14 April 2021. Semasa kanak-kanak itu bergelut sehingga tersungkur ke lantai, kayu tersebut terlepas ke bahu kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan lebam.  

Foto hiasan X-Frame


Dalam waktu itu, guru kesihatan berkata mata kanak-kanak itu sudah lebam kerana guru tersebut telah memegang badannya dengan kuat sehingga menangis.

Ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dapati kesan lebam di bahu dan cakaran di bahagian belakangan anaknya itu. Atas sebab itu, mereka telah membuat laporan polis dan mensyaki anaknya itu telah didera oleh guru berkenaan.

Pejabat pendidikan selatan Incheon telah menerima aduan daripada sekolah dan pihak ibu serta guru tersebut dalam rangkaian cerita yang berbeza. .

Setakat ini, guru tersebut telah mengambil cuti dari mengajar di Sekolah kerana atas alasan sakit. Selepas kes ini diketahui umum, pihak Cawangan Incheon Perpaduan Nasional untuk Ibu Bapa kurang Upaya telah mengeluarkan kenyataan pada 4 Mei agar mendesak untuk menghukum setiap orang yang terlibat dalam kes penderaan ini.

Foto Hiasan X Frame



“Kes ini melibatkan kanak-kanak 9 tahun cacat akal yang didera oleh guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di seluruh badan. Pihak sekolah perlu bertanggungjawab dengan memberi jaminan keadilan kepada kanak-kanak kurang upaya,” kata wakil Perpaduan Nasional Ibu Bapa Anak OKU.

Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan saman kepada guru tersebut untuk menyoal siasat situasi sebenar.

Kongsikan artikel ini