Guru Wanita Buat Hubungan Seks Dengan Pelajar Sekolah Menengah Dipenjara 3 Tahun!

Selepas berhenti bertugas sebagai guru sekolah, seorang cikgu wanita telah melakukan hubungan seks bersama pelajar sekolah menengah. Seorang guru wanita yang melakukan penderaan seksual dengan melakukan hubungan seks dengan pelajar sekolah menengah tahun tiga beberapa kali telah di dakwa dengan melaksanakan permohonan rayuan bahawa tarikh kejadian itu adalah salah.

Menurut guru berkenaan, mereka telah berada dalam hubungan intim sejak dia berhenti mengajar. Berdasarkan laporan Kookmin Ilbo pada 5 Mei 2021, guru wanita tersebut telah dijatuhi hukuman penjara untuk percubaan pertama. Guru tersebut bagaimanapun telah mengaku melakukan seks tetapi mengatakan tarikh melakukannya itu adalah berlainan dari tarikh yang betul.

Foto hiasan X Frame


Berdasarkan pertuduhan tersebut, guru berkenaan telah melakukan seks beberapa kali dengan pelajar berkenaan ketika dia bertugas antara tahun 2018 hingga 2019. Bagaimanapun, guru itu telah membetulkan bahawa tarikh dia bersetubuh dengan muridnya itu pada februari 2019 bukan November 2018.

Pihak pendakwaan mengenakan hukuman tersebut kerana dia telah melanggar Akta Khas Penderaan Kanak-Kanak, dan mahkamah perbicaraan pertama menilai bahawa guru itu, yang wajib melaporkan penderaan kanak-kanak dengan melakukan penderaan sebagai faktor penting dalam hukuman. Walau bagaimanapun, jika jenayah itu dilakukan pada bulan Februari 2019, iaitu sewaktu dia sudah berhenti sebagai guru, maka hasilnya akan berbeza.

Sebagai tindak balas, guru tersebut mendakwa hukuman terhadapnya tidak adil, mengatakan bahawa ianya tidak telus kerana mangsa pernah berkata mahu bersamanya setiap hari dan mahu berkahwin dengannya.  

Dalam pada itu, pesalah juga didapati telah menyerang mangsa dan menampar muka murid tersebut di sekolah jika dia menurut atau menunjukkan sikap pasif.


Kongsikan artikel ini