Aigoo…Tiktoker Popular Hadiahkan Kondom & Seksual Kit Untuk Hari Jadi Anak Lelaki Berusia 16 Tahun!

Seorang ibu mengundang kontroversi apabila dia menghadiahkan kondom dan gel cinta sempena hari jadi anak lelakinya yang ke 16 tahun. Menurut laporan media pada 17  April 2022, seorang ibu yang bekerja sebagai tiktokers sepenuh masa dengan menggunakan nama Jadamson menyediakan seksual kit untuk hari jadi anaknya yang ke 16 tahun.

Wanita berkenaan telah meletakan 3 jenis kondom yang berbeza, tisu basah dan dua gel cinta dengan diletakan rapi dalam kotak hadiah.

“”Saya mahu anak saya mempunyai seks yang selamat, bersih dan menyeronokkan,” katanya.

Tambahnya lagi, “ Saya seorang ibu yang muda. Saya hanya mahu anak lelaki saya menjalani hubungan seks yang selamat. Saya tidak kisah anak saya aktif dalam seksual aktiviti. Anak saya sudah tentu mahu merasakan pengalaman tersebut.”

Video berkenaan mendapat lebih 1 juta tontonan dengan pelbagai reaksi dari warga net.


Pengguna internet yang menonton video berkenaan telah mengulas, “Jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa anda, anda boleh bergurau tentang perkara ini tanpa menganggapnya pelik,”

“sekurang-kurangnya anda tidak akan mendapat STD atau mendapat kehamilan yang tidak diingini,”

“Ia lebih baik daripada menjadi ibu bapa remaja,” dan “Saya tidak faham mengapa anda mengkritiknya apabila ia adalah kaedah keibubapaan yang hebat.”

Sebaliknya, ada yang mengkritik tindakan wanita berkenaan, seperti

“Jika saya seorang anak lelaki, saya ingin melarikan diri dari rumah,”

“Saya akan sangat malu jika ibu saya menyerahkan saya ini,”

“Saya mungkin menyembunyikannya di hadapan ibu bapa saya kerana saya lebih malu,” dan “Seorang berusia 16 tahun terlalu muda.”

Kongsikan artikel ini