Siapa Nak Beli? Hanbok Suit Yang Dipakai Jimin Dilelong Bermula Harga RM20 Ribu!


Program lelongan atas talian My Art Auction bakal diadakan bermula 22 April hingga 29 April ini bakal milelong hanbok yang dipakai ahli BTS, Jimin atau Park Jimin ketika dia mengadakan persembahan di Istana Gyeongbokgung.

Menurut syarikat lelongan tersebut, lelongan tersebut bakal diadakan secara atas talian dengan menampilkan baju tradisional Korea iaitu Hanbok yang diguna Jimin sewaktu menyanyi di hadapan Istana Gyeongbokgung.

Pada September 2020, BTS telah menyanyikan lagu Dynamite dan IDOL dalam rancangan The Tonight Show menampilkan Jimmy Fallon yang mana rakaman tersebut diadakan di Istana bersejarah berkenaan.

Jimin (5 dari kiri) memakai baju yang dilelong.


Pada rakaman tersebut, Hanbok yang dipakai Jimin adalah rekaan pereka fesyen Korea bernama Kim Rie-ul. Dengan pesona yang dimiliki Jimin, baju yang direka dengan warna Merah Burgundy dan hitam menaikan seri baju dan Jimin pada malam berkenaan.

Malah, Jimin sendiri mengakui rasa terharu dan bangga dapat memakai khazanah negara yang cantik di Istana penuh sejarah ini. Lelongan baju berkenaan akan bermula dengan harga RM20 Ribu dan bidaan bakal berakhir pada jam 5 petang bertarikh 29 April 2021.

Ini bukanlah pertama kali barangan BTS dilelong. Pada Januari 2020, mikrofon rekaan istimewa yang diguna ahli BTS telah berjaya dilelong dengan harga KRW 97 Juta won pada majlis lelongan amal yang berlangsung di Amerika Syarikat.