Legit Giler…Kecoh Hanbyul Berkhatan & Peluk Islam!

Penyanyi dari Korea yang mencipta nama selepas memenangi program Big Stage Musim Kedua, Jang Hanbyul kecoh dilaman sosial dengan ramai teruja apabila dia kini sudah fasih dalam berbahasa Melayu.

Lebih mengejutkan lagi, Hanbyul dikatakan kini bukan saja mendalami budaya Malaysia sebaliknya telah mempelajari selok belok Agama Islam. Tambah mengejutkan lagi, Hanbyul dikatakan sudah pun pergi berkhatan dan memeluk agama Islam.

Dengarnya, Hanbyul melakukan perkara tersebut kerana sudah jatuh cinta dengan seorang wanita Melayu yang dikenalinya di pusat pengajian tinggi terkemuka di Malaysia. Oleh kerana itulah, Hanbyul yang sering dikaitkan memain cinta dengan Sherry Al-Hadad dikatakan sudah pun berhijrah.

Bagaimanapun, seteleh diselidiki, rupa-rupanya perkara ini memang terjadi dan ia hanyalah berlaku dalam drama Lectureku Oppa yang mana Hanbyul menjadi pensyarah yang bernama Sir Hyun. Dia dikatakan melakukan hal penghijrahan kerana terpikat dengan pelajarnya sendiri yang dilakokan oleh sweet Qismina.

 

Apapun, lakukan Hanbyul mendapat pujian ramai kerana dia menunjukan perubahan dalam kepetahan berdialog dalam Bahasa Melayu. Malah, ada juga mengikatkan dia bangsa Malaysia yang wajah mirip orang Korea. Syabas pihak produksi kerana Berjaya mengandingkan nama-nama BBNU yang popular. Dikhabarkan, bukan Hanbyul seorang saja pelakon Korea, ada juga pelakon Korea yang lain.

 

Anda boleh menonton drama ini secara atas talian di saluran IQIYI. Selamat menonton!

Kongsikan artikel ini