Rupa-rupanya Gangster #Squidgame, Heo Seung Tae Pecinta Kucing!

Pemain peranan jahat dalam drama #Squidgame bernama Jang Deok Su memang dibenci ramai. Malah, penampilan Player 101 sering menjadi perhatian kerana dia adalah seorang gangster, miliki tatu ular di leher dan berhutang besar dengan bosnya.

Pun begitu, figura yang melakonkan watak ini iaitu Heo Seung Tae berlainan karakter dalam dunia realiti. Dia agak lambat memulakan karier sebagai pelakon iaitu sewaktu berumur 35 tahun.

Sebelum menjadi pelakon, dia merupakan section chief di pejabat teknikal. Walaupun lambat, dia banyak berlakon dalam naskah korea termasuklah The age of shadows, the fortress, your honor dan Beyond Evil.

Ramai salah faham dengan wajahnya yang bengis. Dalam dunia realiti, dia seorang lelaki yang manis dan sangat suka pada haiwan terutama sekali kucing. Dia dilaporkan mempunyai dua kucing belaan yang cantik.

Kongsikan artikel ini