Hoon Doo Rancang Fans Meeting Di Malaysia, Ada Sesiapa Nak Dating Dengan Depa?

Duo popular Korea, Hoon Doo yang bikin tular di Malaysia kerana sering menyanyikan lagu Melayu sedang menunggu masa untuk datang ke Malaysia. Malah, Hoon Doo yang kini sibuk review persembahan bintang Gegar Vaganza musim ke 9 dikatakan sangat terkesima dengan kehebatan perserta musim kali ini.

Lebih menarik lagi, Hoon Doo yang dicanangkan bakal menyertai program Big Stage terbaru juga mengintai peluang untuk mengadakan persembahan kepada peminat mereka di Malaysia. Oleh kerana itu juga, pasangan ini sedang memilih dan waktu yang sesuai untuk mengadakan fans meeting bagi menghargai sokongan peminat dari Malaysia.


Pun begitu, mereka berdua masih tidak tahu tarikh yang tepat untuk menganjurkan fans meeting. Apatah lagi sekarang ini, warga Malaysia sedang menanti tarikh untuk turun mengundi bagi pilihan raya yang terbaru. Bagaimanapun, jika tarikh sudah di dapat, apakah aktiviti yang sesuai dibuat bersama peminat nanti?

Jika anda benar-benar rancangan ini terjadi, anda bolehlah meninggalkan komen dan cadangan kepada team Korea Buzz. Nanti pihak Korea Buzz akan sampaikan kepada mereka. Agak-agak kalau Hoon Doo datang sempena tahun baru ok ke tidak?

Kongsikan artikel ini