Bertengkar Dengan Suami, Ibu Muda Bantai Bayi Sampai Kritikal Disiasat Polis!

Seorang ibu dalam usia 20-an yang didapati telah memukul bayi yang baru lahir banyak kali sehingga kondisi kritikal sewaktu bertengkar bersama pasangan telah ditahan polis.

Pada 12 Mei 2021, Balai Polis di Sacheon yang terletak di Daerah Selatan Gyeongsang telah menahan wanita berumur 20-an atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Pada hari yang sama berlaku kira-kira jam 1 pagi, pasangan ini telah bertengkar dan bergaduh dengan suaminya yang sebaya dengannya di rumah mereka yang terletak di Sacheon, Gyeongsangnam- Do. Di fahamkan bayi perempuan yang masih belum cukup setahun itu telah dipukul banyak kali.

Selepas insiden berkenaan, pasangan ini terus membawa bayi tersebut ke hospital berdekatan di Jinju kira-kira jam 8 pagi apabila keadaan bayi tersebut sangat teruk.

Foto hiasan dari XFrame


Pihak hospital yang melihat keadaan bayi tersebut telah membuat laporan polis kerana disyaki bayi ini menjadi mangsa dera.

Terdapat kesan lebam di muka dan badan bayi itu yang dalam kondisi tidak stabil dan kritikal. Ibu muda ini memberitahu polis, dia telah memukul bayi tersebut kerana tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap suaminya ketika bergaduh.

Setakat ini, pihak polis sedang menyiasat wanita berkenaan yang mana suaminya memaklumkan pada pihak polis telah cuba menahan isterinya itu dari memukul anaknya. Bagaimanapun, pihak polis akan teruskan siasatan lebih untuk mencari jawapan pasti.


Kongsikan artikel ini