8 Oppa Korea Muslim Yang Digilai Hingga Terima Pinangan Jadi Calon Suami!

Walaupun tidak menunjukkan peningkatan drastik, namun penduduk Islam di Korea mempamerkan peningkatan dan prestasi yang baik. Bukan saja meningkat dari jumlah penduduk Islam dari negara luar yang mula menetap di Korea, tetapi masyarakat Korea sendiri yang menganut Islam juga bertukar graf.

Imam besar Korea.

Oleh kerana itu, semakin ramai anak muda terutama sekali lelaki Korea yang digelar Oppa terus menjadi perhatian apabila mereka menunjukkan minat tentang Islam apatah lagi apabila mereka mengesahkan bahawa menganut agama Islam.

Ayana Moon

Sebelum ini, mungkin ramai hanya kenali wanita Islam Korea, Ayana Moon yang cantik dan manis orangnya. Namun kini ramai berminat untuk mengenali lebih dekat penyanyi dan youtuber, Jay Kim yang kini lebih selesa menggunakan nama Islamnya Daud Kim.

Selain dari dua figura ini, peminat Korea terutama sekali peminat K-POP ghairah mencari lebih ramai Oppa Korea yang beragama Islam. Paling kelakar, ada yang sanggup mencari dan berharap Oppa Muslim tersebut boleh menjadi calon suami memandangkan mereka tahu untuk melamar Oppa dari Kumpulan KPOP dan drama Korea hanya boleh menjadi angan-angan saja. Apatah lagi, mereka sedia maklum bahawa mereka bukanlah beragama Islam.

 

Askar Korea yang beragama Islam menunaikan solat.

Untuk wanita yang berminat mengenali lebih dekat Oppa Muslim ini, EH! KOREA BUZZ senaraikan 8  Oppa Muslim Korea yang kini popular di laman sosial bukan saja kerana beragama Islam tetapi mempunyai daya  tarikan persis artis K-POP dan bintang Hallyu.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2-PARK SOOHAN

Soohan (Kiri) bersama SImon Dominic.

Selepas muncul dalam video bersama Daud, ramai wanita muslim tertarik dengan ketampanan Soohan yang mempunyai nama Islam iaitu JAWHAR. Dia bukanlah mualaf seperti Daud tetapi dia dilahirkan sebagai Islam sejak kecil lagi. Arwah ayah Soohan berasal dari Arab dan ibunya pula adalah berasal dari Korea. Walaupun dia mempunyai pekerjaan profesional, Soohan juga aktif sebagai penyanyi busker di Korea. Soohan paling banyak menerima lamaran perkahwinan dari peminat Islam seluruh dunia. Kekacakannya membuat ramai wanita cair apatah lagi Soohan bijak berbahasa Inggeris, Arab dan Korea.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini