Justin Ho Jauh Ketepikan Finalis Lain Tapi Jeeks Menang Tipis Dari Justin Choo!

Foto oleh MYS STUDIO

Awal Februari lalu, Justin Ho yang menjadi figura Korea Buzz edisi Februari telah diumumkan sebagai juara sulung Altitude World Supermodel Malaysia 21/22. Kemenangan tersebut membuatkan dia layak menjadi wakil pertama dari Malaysia ke Bangkok pada penghujung Mei ini.

Walaupun ada suara tidak puas hati dengan kemenangan tersebut, akhirnya suara tersebut terkedua seribu bahasa selepas keputusan penuh AWSM Malaysia telah disiarkan. Ternyata, Justin Ho jauh meninggalkan finalis yang lain dengan meraih mata dari juri profesional dan undian pembaca Korea Buzz sebanyak 67%. Ditempat kedua, Sheik pula hanya mendapat 53.9% saja.

Justin Ho

Pengumuman tersebut mengejutkan ramai pihak terutama sekali bagi tangga ketiga yang dimiliki orang asli bernama Jeeks. Jeeks yang meraih mata berjumlah 52% hanya terpisah 0.1% saja dengan tempat keempat yang menjadi milik Justin Choo. Tidak seperti juara dan naib johan, Jeeks hanya meraih kemenangan ditangga ketiga saja. Manakala, Justin Choo yang ditangga keempat turut meraih anugerah Most Idolized Supermodel dibawah kategori paling popular.

Jeeks

 

Selain dari itu, Kryz yang hanya mampu meraih tempat keempat mampu tersenyum apabila turut berjaya meraih anugerah Super Somatic Supermodel Malaysia disamping Kwon Hee dari Korea yang juga memenangi kategori yang sama tetapi mendapat naib Johan.

 

Difahamkan, bagi kategori ini, pihak juri begitu rungsing untuk memilih kerana Kryz bersaing hebat dengan Justin Choo, Dave dan Alan. Namun, juri sudah sebulat suara anugerah tersebut menjadi milik Kryz.

Justin Choo

Apa yang pasti, peratusan yang disiarkan tersebut adalah gabungan markah dari juri profesional dari Thailand, Malaysia, Korea, Vietnam dan Hongkong bersama markah dari National Director dan undian peminat.

 

Kryz Chan

Tonton video tersebut untuk ketahui jumlah markah yang diperoleh setiap finalis AWSM Malaysia. Adakah anda puas hati?

Kongsikan artikel ini