Kantoikan 3 Ciri Lelaki Korea Yang Suka Goda Wanita Asing, Chan Dituduh Oppa Paling Bahaya Sebab…

Menerima lebih 4000 komen, Youtuber darah Korea yang fasih berbahasa Inggeris bernama Chan dikritik teruk apabila mendedahkan tiga jenis lelaki Korea yang bahaya bagi wanita bangsa asing.

Menerusi pendedahan tersebut, netizen pula menuduh dia adalah lelaki Korea yang paling bahaya didekati kerana dia tergolong sebagai lelaki yang suka mendapat perhatian dan kepercayaan wanita dengan video berkenaan. Tuduhan ini dilemparkan gara-gara dia juga adalah bangsa Korea dan seolah-olah pecah tembelang diri sendiri.


Selain itu, dia juga dituduh sebagai lelaki minda paling bertenaga kerana mampu meyakinkan wanita yang dipengaruhinya bahawa dia adalah pelindung setiap wanita.  

Bagaimanapun, pengakuan tersebut yang dianggap menjatuhkan maruah sendiri banyak membuka mata masyarakat asing terutama sekali wanita yang menaruh harapan dan cinta dari lelaki Korea hasil dari pengaruh menonton drama Korea.

Bagi Chan, lelaki Korea tidaklah seperti yang dibayangkan wanita. Malah, ciri-ciri lelaki Korea yang diketengahkan dalam drama boleh dihitung dengan jari saja.

Menerangkan lebih terperinci ciri-ciri lelaki yang dimaksudkan dalam video tersebut, jenis paling utama yang perlu dihindari dan bahaya adalah lelaki Korea yang pemalu dan suci. Sesungguhnya lelaki kategori ini dikatakan Monster dan mengganas di ranjang serta sukar dibayangkan.

Ciri yang kedua pula ialah Singa Senyum. Lelaki Korea yang suka senyum ini sebenarnya bahaya kerana mereka hipokrit dan mempunyai perancangan sendiri. Kebiasaanya lelaki jenis ini terlalu mesra dan murah dengan senyuman tidak kira apa jua berlaku.

Ciri yang terakhir adalah ciri yang mudah dikenali iaitu lelaki Jahat atau lelaki nakal. Menurut Chan, kebiasaan lelaki ini tidaklah mempunyai rupa paras yang kacak. Namun, mereka adalah jenis yang pandai berfesyen dan jaga penampilan. Malah, mereka juga adalah lelaki Korea yang mempunyai bentuk badan yang seksi dan menggoda.


Walaupun perkongsian ini sekadar info yang diperolehi Chan menerusi pengalaman dan seolah-olah bercakap mengenai dirinya, pendedahan tersebut mencerminkan bahawa bayangan wanita terhadap lelaki Korea kini melampaui batas.

Untuk mendalami maksud dan ciri yang diterjemahkan Chan, anda boleh menonton sendiri video berkenaan. Anda pasti terkejut mengetahuinya kerana mungkin jenis-jenis ini sedang mendekati anda.