Masyarakat Dunia Heboh G-Dragon dan Jennie BLACKPINK Berasmara Di Villa Milik Ahli Big Bang!

Bukan saja masyarakat media dari Korea Selatan, media dunia turut sama berminat untuk ketahui kebenaran gosip yang mengatakan ahli Big Bang iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young, 33 dan Jennie, 25, BLACKPINK sedang dilamun cinta.


Buktinya, syarikat Yahoo Jepun telah membuat laporan G-Dragon dan Jennie kini bersama sebagai kekasih pada 24 Februari 2021. Malah, pada hari yang sama, banyak syarikat hiburan dari China turut sama menghebahkan akan hal ini sehingga menjadi topik dan berita utama.

Dalam masa yang sama, kebanyakan media utama seluruh dunia turut sama melaporkan berita yang meraih perhatian kerana kedua-dua mereka adalah bintang KPOP ternama. Gosip ini turut mengejutkan peminat dari Korea Selatan.

G-Dragon

Menurut laporan media, pasangan ini sudah pun bersama sebagai kekasih sejak setahun yang lain yang mana kebanyakan keluarga YG Entertainment sudah mengetahui akan hal ini. Malah, pasangan ini dikatakan sering bersama dan bercinta di Vila milik G-Dragon.

Rumah mewah tersebut terletak di Hannam Dong Song, Korea Selatan. Bagaimanapun, seperti biasa, apabila gosip ini sudah heboh diperkatakan, pihak pengurusan lebih mengambil langkah selamat dengan mengatakan bahawa pihak mereka sukar mengesahkan akan hal ini kerana ia lebih berbentuk kepada perihal peribadi. Wakil dari YG juga turut sama meminta agar baik media dan peminat harus memahami situasi sekarang ini.


Sementara itu, ramai sedia maklum, G-Dragon mula dikenali sebagai bintang KPOP selepas dia debut dalam kumpulan Big Bang pada 2006. Selain ahli, figura ini juga bertanggungjawab sebagai produser muzik kumpulan berkenaan. Pada sekitar 2009, G-Dragon berubah angin apabila debut sebagai artis solo.

Jennie

Jenny pula debut dalam kumpulan BLACKPINK pada 2016 dan disusuli dengan dia debut sebagai penyanyi solo. Bagi mereka yang kurang tahu, sebelum muncul secara rasmi sebagai artis, Jenny pernah membuat kemunculan pada 2012 sebagai model dalam muzik video G-Dragon untuk album One of a kids.

Sejak dari itu, hubungan mereka lebih akrab sebagai senior dan junior dalam syarikat yang sama. Malah, bukan sekali, Jennie sekali lagi muncul dalam album G-Dragon bertajuk Coup untuk lagu Black.  Sebelum kecoh gosip bercinta dengan G-Dragon, Jennie pernah heboh dan mengesahkan bercinta dengan ahli EXO iaitu Kai. Bagaimanapun, cinta mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing.

Apa yang pasti, walaupun desas-desus ini masih belum sah, majoriti peminat mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Pun begitu, berkemungkinan ini sekadar gimik saja untuk mempromosikan projek kolaborasi. Sama seperti Jennie dan Kai dulu, selepas putus, akhirnya Kai muncul dengan album Solo.

Kongsikan artikel ini