Terima Kasih Suka Si Hodoh Ini! Pemenang Gangsa Olympics 2020 Dari Korea Beri Hadiah Istimewa Buat 28 Penyokong



Atlet Pentathlon pasukan kebangsaan Korea, Jeon Woong Tae telah membuat kejutan dengan memberikan hadiah kepada peminatnya.

Pada 10 Ogos 2021, Woong Tae telah masuk chatroom Lonely Room yang dicipta peminatnya. Dia telah berborak dengan penyokongnya. Pada Olympics 2020, dia berjaya di tangga ke 8. Bagaimanapun, dia menang pingat gangsa dalam peringkat Modern Pentathlon untuk pertama kali buat Korea.

Jeong Woong Tae


Pencapaian tersebut menjadi dia seperti bintang. Malah, di selitkan lagi dengan kekacakan dan kecomelan hidup sehariannya. Untuk membalas jasa penyokongnya, dia telah memasuki laman chat tersebut.

“Saya gembira telah menerima terlalu banyak sayang dari semua,” katanya.

Selain berborak, dia telah melakukan kejutan dengan memberikan hadiah kepada 28 peminat.  Dia telah memberikan Melona.


“Terima kasih kerana menyukai saya yang hodoh ini. Saya harap anda semua boleh menikmati melona dalam musim panas ini dan membuatkan anda sedikit sejuk,” penjelasannya sebab memilih hadiah berikut.


Peminat sangat gembira menerima hadiah tersebut. Ada segelintir peminat yang terlambat mengetahui berita ini sedih dan simpati. Dalam masa yang sama ada yang cemburu dengan mereka yang dapat hadiah dari atlet pujaan mereka.


Kongsikan artikel ini