Aktor Ji Soo Saman Wartawan Palsu Yang Sebar Fitnah Jenayah Seks Terhadapnya!

Pada petang selasa 6 Julai 2021, wakil guaman Ji Soo telah menyatakan bahawa mereka sedang dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang kepada wartawan palsu.

Foto Instagram Ji Soo


“Pada Mac 2021, banyak laman komuniti Internet telah menyebarkan berita palsu terhadap kontroversi yang melanda Ji Soo. Dalam kes berkaitan salah laku seks lalu, penulis itu telah menghubungi bekas pengurusan aktor ini dan memohon maaf.

Foto Instagram Ji Soo


“Bagaimanapun, artikel selebihnya masih terus tersebar dan diolah semula dengan pelbagai fakta palsu. Pihak Ji Soo sendiri telah melakukan aduan terhadap berita palsu itu dan membetulkan fakta yang sebenar serta mendedahkan kebenaran.

“Difahamkan, penulis berita palsu itu adalah seorang yang tiada kena mengena langsung dengan Ji Soo. Malah, penulis telah mengaku bahawa semua penulisannya adalah palsu termasuklah tentang ketenteraan suatu ketika dulu.

Foto Instagram Ji Soo



” Ji Soo menerima permohonan maaf itu selepas mempertimbangkan kedua-dua situasi penulis dan keadaannya. Bagaimanapun, kebanyakan penulis palsu memadam dan menyembunyikan tulisan palsu mereka sebaik sahaja ia di jadikan isu, dan akan terus mengambil tindakan undang-undang tanpa sebarang pertimbangan lagi.”

Foto Instagram Ji Soo

Terdahulu pada Mac lalu, Ji Soo terdedah kepada keganasan, angkat sumpah dan ugutan terhadap rakan sekelasnya ketika berada di sekolah. Ji Soo mengakuinya  dan digugurkan daripada drama KBS2 “Moonrise River,” yang dibintanginya ketika itu.

Kongsikan artikel ini