Macam Adik Beradik Kembar! Netizen Teruja Lihat Foto Mesra Bogum & Jin BTS


Ramai sedia maklum, aktor kacak Korea, Park Bogum berkawan rapat dengan penyandang Lelaki Paling Kacak Dunia yang juga ahli BTS, V atau Taehyung.

V BTS (Kiri) dan Park Bogum


Jadi, tidak hairanlah berlambak foto bersama antara Bogum dan V dilaman sesawang. Malah, ramai juga cemburu kerana mereka berdua kelihatan seperti ahli keluarga.

Terbaru, dua foto Bogum bersama ahli BTS yang digelar Worldwide Handsome, Jin BTS telah tersebar luar dilaman maya sehingga tular dan membuatkan ramai peminat BTS iaitu Army teruja.


Foto yang menyaksikan kemesraan Jin dan BTS berlaga kepala itu telah disiarkan di laman komuniti peminat BTS iaitu Weverse pada 10 April 2021. Difahamkan foto tersebut bukanlah foto paling baru sebaliknya foto yang telah dirakam mereka berdua pada penggambaran iklan Coca-cola yang membabitkan kedua figura kacak ini pada bulan Julai 2018.

Ternyata foto berkenaan menunjukkan ketampanan kedua-dua lelaki Korea ini yang kini masih lagi solo dan terus membuatkan hati ramai wanita bergelora. Selain tular, foto tersebut mencetuskan pelbagai komen sehingga ada peminat merasakan mereka seperti adik beradik atau kembar.


Malah, ada juga bergelar, ini adalah parti kacak! Selain itu, ada juga komen menyatakan kombinasi kekacakan luar biasa dan inilah korea sebenar.  Sementara itu, Bogum ketika ini masih lagi tidak aktif dalam dunia seni kerana menjalani khidmat tentera. Bagaimanapun, namanya akan disebut semula kerana filem terbarunya berjudul Seobok bakal ditayangkan pada 15 April ini.


Kongsikan artikel ini