Jin BTS Juara Lelaki Ideal Piala Dunia Seleb OT256 Korea Yang Buat Jantung Berdegup Lagi!

Ahli BTS yang digelar Worldwide handsome, Jin atau nama sebenar Kim Seok Jin, 28 melakar sejarah baru apabila dia baru saja dinobatkan sebagai Lelaki Ideal Piala Dunia Selebriti OT256 bagi musim yang ke yang ke-56. Pertandingan ini telah dijalankan syarikat kebajikan sosial dengan kerjasama Yayasan Jantung Korea.

Manakala, Kim Woo Seok berada di tangga kedua diikuti Kim Yo-Han dari Wei, Lee Dae Hwi dari AB6IX dan Nam Do Hyun dari BAE173 yang masing-masing menduduki tempat ketiga hingga kelima.

KIM WOO SEOK (kiri) dan KIM YO HAN.

Kempen yang dimulakan atas nama Everyone’s Heart Beating akan memilih 10 finalis untuk setiap musim berdasarkan tujuan yang menetapi kategori ideal yang mampu mendorong jantung berdegup lagi dan menyinari hidup pesakit jantung sekaligus menampung kos perbelanjaan pesakit.


Perkataan OT256 adalah singkatan dari OUR TYPE 256 untuk Piala Dunia Selebriti Ideal. Pemenang untuk kategori yang dipertandingkan berdasarkan majoriti undian dari warganet. Sebanyak 128 finalis perlu menjalani proses undian yang diadili menerusi peringkat TOP 128, TOP 64, TOP 32 dan TOP 16 diikuti pemenang setiap kategori peringkat suku akhir, separuh akhir dan final.

Kongsikan artikel ini