Ramai Terpesona Dengan Wajah Maskulin Jeong Jin Woon Selepas Putus Dengan Park Kyung-ri



Penyanyi dan pelakon, Jeong Jin Woon yang berusia 30 tahun baru saja menyiarkan foto penampilan terbarunya. Menerusi agensi figura kacak ini iaitu Mystic Story, foto kematangan Jeong  Jin Woon telah secara rasmi disiarkan di hadapan publik mulai Selasa lalu.

Dalam gambar tersebut, Jeong Jin-woon mempamerkan pesonanya yang selesa namun sedikit dandy dengan gabungan baju rajut putih dan seluar jean. Malah, dia nampak lebih kacak dengan potongan badannya yang sangat maskulin.

Lebih menarik, Jeong Jin Woon mampu menukar mood pada dirinya dengan mengenakan baju hitam Turtleneck yang menyerlahkan kelembutan, karisma tetapi masih maskulin. Figura kacak ini mula berada dipentas seni sebagai selebriti apabila dia debut dalam kumpulan 2AM sekitar 2008. Selain muzik, dia juga aktif sebagai pelakon dan menyertai pelbagai program variasi TV.

Foto Ihsan Mystic Story


Karier seninya senyap seketika selepas menyertai khidmat tentera. Bagaimanapun, selepas tamat latihan tersebut, dia berlakon dalam filem Can Yo See Only me dan Oh!. Rezekinya menjadi-jadi dan disunting sebagai teraju utama dalam My Ghost serta terus melebarkan sayap sebagai pelakon.

Apa yang pasti, foto ini merupakan penampilan terbaru Jin Woon selepas dia secara sah putus cinta dengan bekas ahli kumpulan Nine Muses iaitu Park Kyung Ri yang setahun lebih tua darinya. Sebelum ini, pihak publik sedia maklum mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun sejak November 2019.


Kongsikan artikel ini