Ramai Bersorak, Julien Kang Sah Berpisah Dengan Awek 19 Tahun Lebih Muda Darinya!

Menurut laporan dari OSEN pada 3 Julai 2021, aktor dan model kacukan, Julien Kang sah putus cinta dengan kekasihnya yang 19 tahun lebih muda darinya. Oleh kerana itu, Julien yang baru-baru ini tular gambar mengangkat gadis untuk digantikan dengan besi angkat berat memadam semua foto kekasih di Instagram.

Foto yang tular dari Tailor Project


Malah, pihak berkaitan Julien mengatakan orang lebih berminat melihat Julien putus cinta berbanding isu lain. Pada awal May ini, Julien telah memuat naik foto kekasihnya di Instagram sekali gus mengumumkan mereka sedang bercinta.

Pernah tular mabuk berbogel- foto Barrel


Bagaimanapun, spekulasi mereka putus cinta menjadi bualan hangat selepas figura seksi ini memadam satu persatu foto wanita tersebut. Selepas sah menjadi model yang mana sebelum ini dia lebih popular sebagai pelakon, Julien Kang sering saja dijemput di stesen TV menerusi program Potato Star. Julien juga menonjol dalam program Law of The Jungle dan Hello Stranger.

Foto terbaru Julien dari Tailor Project


Dia kini juga popular sebagai influencer di laman youtube saluran Nang dengan jumlah subsribers 400,000. Bagaimanapun, punca sebenar Julien putus cinta tidak diketahui. Mungkin atas faktor usia atau Julien bertambah popular?

Foto terbaru Julien dari Tailor Project


Kongsikan artikel ini