Idolakan Jackson Wang & Mengidamkan Nam Joo Hyuk, Justin Ho Jawab Soal Lelaki Bergelar Suami Dengan Pasangan Sejenis!

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto oleh MYS STUDIO
Pakaian Anas Abdullah
Cermin Mata The Eye Shop

Ditanya lebih gemar diketagorikan sebagai lelaki comel, seksi atau kacak, Figura Korea Buzz Februari yang juga wakil Malaysia untuk Altitude World Supermodel di Bangkok, Thailand, Justin Ho memilih ketiga-tiga kategori berkenaan.

Malah, pemilihan tersebut dibuat bersandarkan bintang KPOP bernama Jackson Wang.

“Saya memilih tiga-tiga sekali. Ini kerana ia pemahaman saya terhadap Jackson Wang. Dia adalah model idola saya. Sejujurnya, jika saya memenangi AWSM Global, saya akan mencari lebih banyak peluang dan melabur sedikit serta menjalankan perniagaan sendiri, “ katanya.

Dalam pada itu, Justin yang tidak menyorok bahawa hatinya sudah dimiliki menyarankan 10 lokasi terbaik dan wajar dikunjungi oleh pasangan bercinta di Malaysia.

“Saya cadangkan untuk ke Jenjarom, Banting, Pulau Redang, Penang, Melaka, Langkawi, Kuala Lumpur, Genting Highlands, Cameron Highlands, Kota Kinabalu. Tapi kalau paling Best meraikan pasangan sudah tentu  Pulau Redang atau Langkawi. Ini kerana di situ ada pantai yang berikan mood romantic,” ujarnya.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini