Kedutaan Korea Payung Harga Murah Barangan Halal Korea Di K-Halal Food Fair !

Berita baik buat anda yang menggemari produk dari Korea. Kini, anda boleh dapatkan barang halal Korea dengan harga lebih rendah sempenan K-Halal Food Fair 2021. Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur.


“K-HALAL FOOD FAIR 2021 – Shopee x aT” adalah kolaborasi antara Korea Agro Fisheries dan Food Trade Corporation bersama Shopee Malaysia. K-Halal Food Fair 2021 streaming akan diadakan menerusi ShoopeLive dari 15 November hingga 19 November. Ia akan sambung lagi dari 22 November hingga 23 November.

Lebih menarik lagi, anda boleh memperoleh vaucer 20% dari K-Food dengan menyertai streaming atas talian di ShopeeLive.Anda hanya perlu klik di pautan yang disediakan ini.

ShopeeLIVE link: https://live.shopee.com.my/p/share?from=live&session=2632508&viewer=102#

Shopee 20% vouchers: https://shopee.com.my/m/k-halal-food-fair-2021?smtt=0.0.9

Sesi livestream secara langsung dijadualkan bermula jam 3 petang pada 15 Nov hingga 19 November diikuti pada pada yang sama pada tarikh 22-23 November 2021.

Kongsikan artikel ini