Selepas 10 Tahun Aktif Bersama EXO, Kai Luah Perasaan Tentang Persaraan!

Menerusi program Udojumak yang disiarkan pada 9 Ogos 2021, ahli kumpulan EXO membuat pengumuman kejutan tentang dirinya yang mahu bersara. Malah, dia tidak menafikan ada memikirkan tentang persaraan.

“Kehidupan sebagai idol hanya lebih kurang lima hingga tujuh tahun. Kami banyak bercakap tentang perkara ini. Kami tidak boleh pergi sehingga sepuluh tahun, tapi tahun ini adalah tahun ke sepuluh kami,” kata Kai.

Luahan Kai mengundang kejutan terhadap Tak Jae Hoon yang tidak menyangka EXO sudah 10 tahun dipersada seni Korea. Menariknya, Lee Seok Hoon pula mengatakan tiada beza dengan dirinya yang kini sudah 13 tahun menjadi idol.

FOTO NAVER


“Pada umur 20 tahun, saya sangka hanya sampai umur 29 tahun saja,” ujar Kai.

“Kai boleh pergi lagi bersandarkan standard dia sekarang. Sekarang ni, Kai umur 28 tahun tapi adakah Kai akan sama lagi ketika umur 38 tahun?,” ujar Lee Seok Hoon.

FOTO NAVER


Memberikan respon terhadap Seok Hoon, Kai memaklumkan bahawa dia berubah fikiran tentang persaraan sewaktu dia berumur 20 tahun. Tak Jae Hoon pula menyampuk dengan menjelaskan dia masih lagi aktif penggambaran sewaktu di usia yang disebutkan Kai.

FOTO NAVER


Menjawab pertanyaan Tak Jae Hoon bila dia merancang untuk bersara, Kai menegaskan bahawa tiada istilah bersara bagi dirinya.

FOTO NAVER


“Tidak akan bersara tetapi perkara ini akan semula jadi terjadi dengan sendirinya. Saya rasa setiap orang ada matlamat kehidupan masing-masing,” kata Kai yang debut bersama EXO pada 2012.


Kongsikan artikel ini