Seorang kanak-kanak dilaporkan telah jatuh dari tingkat empat sebuah villa yang terletak di Gumi, Daerah Gyeongsang, Korea. Menurut laporan balai polis Gumi pada 31 Mei 2021, kanak-kanak tersebut jatuh dari Villa pada 29 Mei Jam 10.20 pagi.
“Saya pergi ke kedai berhampiran rumah dan anak saya pergi bermain dengan seorang bayi baru lahir yang tinggal di Villa tingkat empat bersama dengan ibu kepada bayi tersebut. Saya tinggalkan anak sekejap dengannya tetapi anak saya telah jatuh dari villa tersebut.
“Sekarang ini anak saya dalam rawatan rapi kerana mengalami pendarahan teruk, paru-paru rosak dan lebam seluruh badan,” kongsi ibu kepada kanak-kanak itu di sosial media.
Pada mulanya, ibu kepada bayi yang kecil itu mengatakan pada saya bahawa anak saya jatuh dari meja kemudian dia tukar pula jatuh tingkap. Ibu mangsa dikatakan sangat akrab dengan jirannya dan meninggalkan sekejap anaknya dalam jam 9 pagi pada hari kejadian.
Pihak hospital Gumi Gangdong yang merawat anaknya itu telah memindahkan mangsa tersebut ke Hospital Universiti Daegu. Selepas perpindahan tersebut, pihak hospital mengesahkan bahawa kanak-kanak itu adalah mangsa dera.
Siasatan lebih lanjut mendapati, jirannya itu telah berbohong selepas mendapat bukti dari CCTV berdekatan.
“Saya tidak sangka jiran saya berbohong kerana dia takut. Kalau anak saya jatuh dari tingkat empat, dia sepatutnya menghubungi pihak kecemasan,” kata ibu mangsa.
Dalam pada itu, jiran tersebut menjelaskan perkara yang berlaku yang lebih mencurigakan.
“Saya sedang menyusukan anak saya. Kemudian budak itu telah pergi ke ruang hadapan dan melihat luar melalui jendela. Tingkap tersebut terbuka luas kerana terdapat katil berdekatan tingkap itu,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa merasa pelik setelah mendengar penjelasan dari jirannya.
“Tak logik bagi anak saya yang penakut itu membuka tingkap sebesarnya dan terjun sendiri,” kata ibu tersebut.
Kes tersebut telah diserah polis Daegu ke agensi Polis Gyeongbuk. Setakat ini, kes ini masih dalam siasatan untuk mengenal pasti sama ada wanita tersebut menolak kanak-kanak itu secara sengaja atau pun tidak.