Fizikal Atlet Korea Di Olympics 2020 Kejutkan Dunia, Wajah Mirip Park Seo Joon & Dibandingkan Dengan….

Oh Sang Uk, pencer kacak No. 1 di dunia, menjadi perhatian dunia kerana penampilan, wajah dan susuk tubuh yang dimilikinya. Penampilan yang dimiliki atlet Korea ini telah dibandingkan dengan atlet Besbol dunia iaitu Shohei Otani (27, Los Angeles).

Shohei Otani merupakan pemain besbol  profesional AS. Dia memulakan Liga Utama pada tahun 2018 dan pernah menjadi topik hangat masyarakat dunia yang menggemari sukan.

Otani

Kekuatan Otani terletak pada fizikalnya yang sangat besar (193cm, 95kg), yang merupakan “thin Asian-class.” Sehingga ramai berfikir dia punya fizikal sama seperti  Orang Barat. Malah, ada pemain barat yang berdiri disebelahnya kelihatan amat kecil. Oleh itu, ramai berfikir sama ada Otana orang barat atau berdarah Asia.

Dalam pada itu, Otani Versi Korea telah menjadi satu topik hangat dan dibahaskan di laman komuniti Korea seperti Inventory dan Bompu. Ia menjadi semakin panas kerana atlet itu baru saja memenangi pingat emas di Olympics 2020.

Oh Sang Uk


Atlet yang dimaksudkan ialah Oh Sang Uk yang berusia 25 tahun yang dikatakan skill dan penampilan tiga kali lebih hebat berbanding Otani. Sekarang ini, ramai betul membandingkan Otani dan Oh Sang Uk dengan mengatakan siapa lebih hebat dari segi penampilan dan pencapaian.


Dari segi fizikal, Oh Sang Uk berketinggian 192 sm yang tidak jauh beza dengan Otani. Malah mereka berdua kelihatan sama yang mana mempunyai kepala yang kecil. Dari segi pencapaian, Oh Sang Uk sebelum ini pernah 12 kali meraih emas dan menambah emas ke 13 di Olympics 2020.  

Siapa pilihan anda?


Kedua-dua mereka sangat pantas meraih kejayaan dan diperakui kacak dan sangat tinggi. Malah, wajah mereka juga kategori tampan dan menawan.

Ia juga benar bahawa mereka adalah lelaki kacak yang tinggi dan menarik perhatian dengan rupa mereka yang indah.


Otani dikenali wajah tampan tapi Oh Sang Uk sangat popular dengan wajah tenang seperti aktor Korea Park Seo Joon. Malah, sewaktu sekolah, Oh Sang Uk pernah ditawar menjadi model sewaktu berjalan-jalan. Adalah tidak bagus membandingkan mereka tetapi kini ramai wanita teruja berbicara tentang Oh Sang Uk.



Kongsikan artikel ini