112 Kali Setahun Hubungan Intim, Pakar Dedah Kekerapan Berasmara Ikut Umur Anda!


Adakah anda tahu, sangat normal bagi individu yang berusia dari 18 hingga 29 tahun untuk kerap melakukan hubungan seks .

Menurut kajian dari Institut Kinssey, jumlah purata seks bagi mereka yang berumur 20-an adalah dua kali seminggu. Apabila umur semakin meningkat, jumlah hubungan kelamin pun merosot.

Foto hiasan Naive Studio


Itulah antara menjadi penyebab ramai orang hidup kurang hubungan intim. Kajian juga mendapati, golongan dewasa lelaki dan wanita yang sihat sepatutnya melakukan hubungan seks lebih dari dua kali seminggu.

Baru-baru ini, media dari Britain memberitahu jumlah purata seks mengikut umur. Dewasa lelaki dan wanita yang sihat dari umur 18 hingga 29 tahun secara purata akan melakukan hubungan seks sebanyak 112 kali dalam masa setahun. Jumlah ini adalah nilai purata dan minimum saja. Ini membawa maksud bahawa mereka kerap bersama dalam tempoh seminggu sebanyak dua kali saja.

Foto hiasan Naive Studio


Jumlah ini akan berkurangan mengikut faktor umur. Untuk yang berumur dari 30 hingga 39 tahun, mereka hanya melakukan sebanyak 86 kali setahun yang membawa kepada 1.6 kali seminggu. Untuk golongan 40 hingga 49 tahun pula, mereka ambil 69 kali dalam masa setahun.

Foto hiasan Naive Studio


“Bukti mendedahkan semakin tua, manusia akan mengalami masalah kesihatan dan ia juga menganggu faktor kualiti, kekerapan dan perasaan untuk bersama. Fakta yang mengatakan pasangan tua yang kurang bersama sejak-sejak ini menjadi faktor sebagai kajian ini dijalankan,” kata pakar kaji selidik dari Kinssey.


Kongsikan artikel ini