Selepas Tewaskan Indonesia, Atlet Bola Keranjang Jadi Tular Kerana Mirip Aktor Popular!

Peminat industri sukan Korea menjadi panik dan tidak senang duduk terutama sekali wanita selepas taman perlawanan FIBA Asian Cup 2021 yang melibatkan pasukan Korea. Nama pemain bola keranjang baru dalam pasukan Universiti Nasional Korea menjadi tular dan bualan netizen.

Ini kerana, wajah pemain tersebut dikatakan kacak dan mempunyai iras dua selebriti Korea popular iaitu Seong Kang Joon dan Kim Yohan. Atlet tersebut adalah Yeo Jun Suk dari Yongsan High School.

Yeo Jun Suk – Foto Naver

Pasukan bola keranjang lelaki Korea mendapat kedudukan yang ke 30 di FIBA telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia yang berada ditangga ke 88 dengan mata kemenangan 104-81. Kedua-dua pasukan ini berada dalam kumpulan A FIBA Asian Cup 2021 yang di adakan di Angeles, Filipina pada 17 Jun 2021.

Yeo Jun Suk – Foto Naver


Perlawanan tersebut juga merupakan aksi pertama Yeo Jun Suk sejak mula menjadi atlet kebangsaan Korea pada Mac lalu. Dia berjaya memberikan mata untuk pasukan Korea sebanyak 12.

Yeo Jun Suk – Foto Naver


Jun Suk mendapat perhatian bukan saja kerana dia atlet baru dan kelincahannya, sebaliknya ramai terpegun dengan wajahnya seperti bintang KPOP. Malah, dia dilihat sangat mirip dengan pelakon Seong Kang Jun dan Kim Yohan berserta susuk tubuh tinggi 203 sm yang bikin ramai wanita cair.

Yeo Jun Suk – Foto Naver


Netizen yang melihat foto beliau pada perlawanan tersebut meninggalkan komen dan bertanya adakah Seong Kang Joon yang main bola keranjang. Malah, ada yang puji dia terlalu kacak dan akan sentiasa menjadi peminat bola keranjang mulai saat itu.


Kongsikan artikel ini