Mahu Tuntut Hutang RM28K, Lelaki 20-an Kurung Kawan Dalam Motel !


Balai Polis Wonmi di Bucheon, Wilayah Gyeonggi telah menahan seorang lelaki umur 20-an pada 9 Julai 2021 kerana mengurung temannya dalam sebuah motel. Dia didakwa melakukan perkara tersebut untuk meminta hutang dari kawannya itu.

Tertuduh telah mengurung mangsa yang umurnya juga lingkungan 20-an di sebuah bilik di motel lebih kurang 11 jam dari jam 8 malam sehingga 7.30pagi. Perbuatan itu telah dilakukan pada 7 Julai 2021.

FOTO HIASAN PEXELS

Dua lelaki tertuduh itu telah melakukan jenayah berkenaan kerana mangsa tidak membayar hutang yang dipinjam dari mereka berjumlah RM28,000. Mangsa difahamkan menggunakan duit berkenaan kerana berjudi.

Mereka juga dikatakan telah membayar wang berjumlah RM4,000 ke dalam akaun mangsa menggunakan telefon pintar.

Sewaktu dikurung dalam bilik motel, mangsa telah menghantar mesej kepada keluarganya bahawa dia ditahan apabila kedua tertuduh enggan melepaskannya. Selepas menerima laporan, polis berjaya menahan penjenayah sekitar jam 7.30 pagi pada 7 Julai 2021.

Tertuduh menafikan dakwaan berkenaan dan mengatakan mereka hanya bersama dengan mangsa dan tidak mengurungnya langsung.


Kongsikan artikel ini