Kerap Muncul Di Malaysia, ‘Perisik Korea Utara’ Ini Telah Dibayar Lebih RM3.3 Juta

Nama pelakon kacak dari Korea Selatan, Lee Minho agak suram tatkala ini disebabkan dia sedang menjalani latihan ketenteraan yang wajib diikuti kaum lelaki di Korea. Bagaimanapun, nama pelakon yang pernah naik kerana berlakon sebagai perisik dari Korea utara dalam sebuah drama menjadi sebutan semula apabila sebuah program TV di saluran Channel A telah mendedahkan jumlah bayaran yang diterima oleh pelakon ini.

 

Foto Sumber Naver

 

Program ini telah membincangkan topik mengenai selebriti popular Korea iaitu Lee Minho, Kim Soo Hyun dan Hwang Chi Yeol yang begitu di minati di China. Dari 3 figura ini, Hwang Chi Yeol dilaporkan bakal hadir ke Malaysia dalam waktu terdekat ini.

 

3 Selebriti Korea yang begitu popular di China.

 

Bagaimanapun, Minho adalah satu-satunya figura yang banyak kali datang ke Malaysia untuk bertemu peminat. Difahamkan, Minho telah dibayar sebanyak KRW 900 juta (RM3,321 128-USD$784,951) untuk muncul di sebuah program yang dianjurkan di Hong Kong. Menerusi program ini, Minho hanya perlu menunjukkan wajahnya saja tanpa mengadakan sebarang persembahan. Bayaran ini dikenakan disebabkan pada mulanya Minho memang tidak boleh hadir dalam program tersebut.

 

Minho tetap segak walaupun sedang menjalani latihan ketenteraan.

Bagaimanapun, atas desakan dan kemahuan penganjur, Minho telah diterbangkan ke Hong Kong dengan dibawa menerusi jet istimewa. Dengan penampilan itu, pihak Minho telah menerima profit lebih KRW10 Billion (USD$8,722,579). Pun begitu, pihak pengurusan Minho iaitu MYM Entertainment tidaklah menyatakan jumlah sebenar yang diterima jejaka ini. Malah, jumlah bayaran  yang diterima berbeza berdasarkan jadual dan jenis program yang dianjurkan.

 

Berikut adalah sedutan program yang membongkar rahsia ini.

 

Kongsikan artikel ini