Kurang Menyerlah Dalam Arena Telefon Pintar, LG Bakal Keluar Kereta Elektrik Baru!

Jenama telefon pintar terbesar dunia, Samsung, Apple, Huawei dan Xiaomi masing-masing berlumba untuk mengeluarkan telefon pintar berkualiti di pasaran dunia. Bagaimanapun, LG baru-baru ini mengambil langkah baru kerana kurang bernasib baik dalam arena telefon pintar walaupun sudah berjuang dalam gelanggang ini selama lebih 26 tahun di pasaran.

Walaupun kurang menyerlah dalam menghasilkan telefon bimbit pilihan ramai, LG bangkit dalam gelanggang baru. Malah, mereka lebih berani dah gah dalam menggunakan mesin yang dimiliki mereka dengan mengeluarkan kenderaan elektronik. Ia merupakan alternatif baru bagi LG yang mana syarikat yang sebelum ini berperang dalam dunia telefon pintar berubah rentak persembahan mereka dengan persada yang baru. Malah, ia seakan menjadi trend baru bagi syarikat telefon bimbit untuk melabur dalam pengeluaran kereta elektrik.

Untuk itu, LG telah mengambil strategi yang berbeza yang mana kini mereka lebih fokus dalam bahagian kereta eletrik tetapi bukan sepenuhnya kereta.

Pada penghujung tahun lalu, LG Elektronik telah mengumumkan kerjasama dengan Magna Internasional iaitu sebuah syarikat pembuat auto dari kereta. Kerjasama tersebut dipanggil LG Magna ePowertrain yang bakal dilancarkan pada Julai depan.

Difahamkan, ia juga bermaksudnya bermulanya akar umbi pertumbuhan pesat kereta elektronik di pasaran kenderaan Amerika Syarikat. Dengan pertubuhan kerajaan baru dari Presiden Biden, permintaan yang tinggi terhadap kereta elektronik semakin tinggi dan ia akan membantu industri perkilangan Korea yang terlibat dengan perniagaan ini.

​Perancangan tersebut dijadualkan akan mula beroperasi di Ohio. Operasi sepenuhnya bermula tahun. Setakat ini, mereka dilaporkan akan melancarkan bateri kenderaan yang kedua dengan saiz 30GWh di Tennesse dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Segala rundingan ini akan menelan belanja lebih 5 Trillion Won di Amerika Syarikat pada 2025 dengan penubuhan sekurang-kurangnya dua kilang.


​Kilang berkenaan akan mengeluarkan batteri kereta elektrik yang di inspirasi oleh Tesla. LG Energy Solution dan SK Innovasi telah pun lengkap yang mana LG Enegery Solution akan meraih nilai sebanyak 2 Trillion Won dari jumlah terkumpul.

Bagaimanapun, ia dikatakan masih lagi kecil dalam pasaran. China masih lagi mendominasi industri pasaran bateri. Pihak pakar analis memberitahu Volkswagen telah mencetuskan pertikaian antara LG Enegery Soluton dan SK Innovation. Tindakan ini telah melemahkan kepercayaan dengan mewujudkan kebimbangan terhadap bekalan dan permintaan bateri.

Kongsikan artikel ini