Rupanya Kereta Tersasar Masuk Laut Berpunca Dari Panggilan Video & Pemandu Mabuk!

Sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu mabuk jatuh masuk ke lautan di Pulau Jeju Korea Selatan. Menurut balai polis maritim Jeju pada 8 Mei 2021, kereta Sonata itu telah dipandu oleh lelaki berusia 26 tahun dan hilang kawalan sehingga terjatuh masuk persiaran lautan di Samyangsam Dong, Jeju. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi.

Menurut laporan dari kawan kepada pemandu, dia telah mengesahkan bahawa dia menyaksikan kereta tersebut jatuh dalam pantai apabila dia secara tiba-tiba terdengar bunyi geseran sewaktu dia membuat panggilan video dengan pemandu berkenaan.

Bagaimanapun, selepas pihak keselamatan sampai ke tempat kejadian bagi menyemak, tiada seorang mangsa dalam kereta berkenaan. Pemandu dikatakan berjaya melepaskan diri dari kereta berkenaan tanpa bantuan orang lain dan telah dibawa ke hospital di sekitar bandar Jeju oleh pasukan keselamatan 119.

Berdasarkan pemeriksaan pernafasan yang dilakukan pihak hospital, kandungan alkohol dalam darah pemandu mempunyai 0.136% alkohol yang mana ia di aras yang boleh lesen memandunya di gantung. Setakat ini, pihak penguasa masih lagi menyiasat punca kemalangan tersebut dan bakal meneruskan penyiasatan sebaik saja pemandu keluar dari hospital.

Kongsikan artikel ini