Atlet Emas Olympics 2020, Kim Jun Ho Sah Bergelar Artis Di Korea Selepas…


Pemenang pingat emas Olympics 2020 yang tular kerana kekacakannya, Kim Jun Ho baru saja menandatangani kontrak eksklusif dengan syarikat The Sun and Moon Entertainment. Pengesahan ini menandakan, atlet kacak ini bakal mewarnai pelbagai program hiburan di Korea.

Berita gembira ini telah disahkan pada 17 Ogos 2021 dengan wakil dari agensi tersebut mengatakan kami mengalu-alukan kedatangan keluarga baru kami Kim Jun Ho. “Kim Jun Ho mempunyai banyak potensi sebagai bintang. Kami gembira kerana dapat bersama-sama untuk tempuhi cabaran mendatang. Kami akan aktif membantu kariernya dalam bidang penyiaran mahupun bidang sukan,” Kata wakil agensi.

Kim Jun Ho


Menguatkan lagi pengesahan tersebut, Jun Ho turut mengesahkan kontrak eksklusif itu dengan mengatakan akan seimbangkan promosi sukan fencing secara lebih meluas menerusi bidang hiburan.

Kongsikan artikel ini