Transformasi Hero Cilik, Kim Kang Hoon Dilabel Sebagai Romeo Romantis Korea Terbaru! Setuju?

Penampilan terkini pelakon cilik Korea, Kim Kang Hoon di laman Instagram yang dikendalikan ibunya mengundang kehangatan. Foto tersebut telah dimuat naik pada 5 Februari 2021 iaitu swafoto bahagian tepi wajah pelakon ini.

Gambar yang menunjukkan mata dan bulu mata yang lentik itu mengundang perhatian dan reaksi luar biasa. Ini kerana ramai tidak menyangka, pelakon yang dikenali waktu kecil kini sudah membesar seperti hero utama Korea.


Malah, berdasarkan penampilan itu, netizen bersetuju Kang Hoon layak menjadi hero romantis untuk drama Korea dan tidak akan kekok melakonkan watak tersebut.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa terkejut kerana susuk tubuhnya kini sudah tinggi lampai sehingga mengucapkan tahniah kepada ibunya kerana berjaya membesarkan anaknya itu dengan baik sekali.

Kim Kang Hoon mula dikenali pada 2013 dengan membintangi program MBC dan drama SBS. Dia dilaporkan akan muncul dalam sebuah drama yang dijadualkan di tayangkan mulai 3 Mac 2021.

Kongsikan artikel ini