Nama aku Park Keen Son (bukan nama sebenar). Aku baru saja berusia 23 tahun. Aku sebenarnya sudah lama nak berkongsi cerita ini tetapi tidak tahu di mana. Jadi, aku rasa ini masa yang tepat untuk aku bongkar perangai seorang juru kamera ternama di Korea. Mungkin kalau aku sebut Namanya, pasti satu dunia terkenal.
Perkongsian kisah benar aku dalam segmen X-FILES KOREA BUZZ ini bukanlah nak mengaibkan tuan punya badan. Cuma aku rasa, sekarang ini mungkin sudah ramai menjadi mangsa dia. Kalau melihat dari riak wajah dan susuk tubuh juru kamera ini, dia seorang yang baik, kacak dan badannya pun seksi.
Sejujurnya aku ini pada asalnya seoran yang berbadan kecil. Tetapi selepas aku lihat foto-foto hasil karya dia, aku terpanggil untuk pasang badan dan inginkan dia mengambil gambar aku. Yelah, gambar yang dia ambil semuanya meletop dan unik.
Selepas setahun, badan aku berubah jadi sado dan seksi. Aku pun cubalah menghubungi juru kamera ini. Selepas bertanya, aku tidak sangka, harga yang dia kenakan sangat mahal. Aku pun tak mampu sebab aku masih lagi pelajar. Aku pun berterus-terang dengan dia dan tidak menyangka dia menawarkan percuma asalkan foto aku boleh digunakan untuk tujuan promosi.
Hari yang dinanti akan tiba, selepas melihat dan berborak dengan dia, memang benarlah firasat aku, dia ni seorang yang baik hati jadi aku pun tak ragu-ragu kenapa dia mahu menolong aku.
Dia pun mengambil gambar aku dengan konsep kreatif dan aku turuti saja semuanya. Hasil dari gambar itu memang mengejutkan walaupun ada babak yang aku malu tetapi dia berjaya menyakinkan aku. Sesi fotografi itu mengambil masa sampai lewat malam dan rumah aku terletak jauh dari studio itu.
Kebetulan kami berdua lapar dan kami berdua pergi makan dan minum soju. Aku pada mulanya malu dan tidak mampu pergi ke restoran yang diajaknya itu. Namun, dia kata, dia belanja aku. Dia pun memberikan aku minuman alkohol yang mahal dan aku pun minum.
Tidak lama selepas itu, aku mabuk dan lemah. Dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Aku pun menerima tawaran itu memandangkan rumahku jauh dan waktu nak balik memakan tambang yang mahal. Setiba dirumahnya, aku terus tertidur dan tidak sedarkan diri.
Namun, apabila waktu aku sedarkan diri pagi itu, aku terbarik bogel di atas katil. Waktu itu, juru kamera berkenaan sedang menyiapkan sarapan. Aku tidak merasa apa tetapi selepas aku bagun mahu ke tandas, punggung aku rasa sakit sekali. Kemudian aku bergegas ke tandas dan melihat di cermin, badanku pernuh dengan kesan cumbuan.
Aku jadi panik dan terus bertanya kepada juru kamera itu. Dia menjelaskan pada aku, apa yang berlaku malam tadi adalah upah untuk sesi fotografi tersebut. Dia pun berkata, aku mengizinkannya pada malam itu. Sejujurnya aku tidak ingat dan aku pasrah.
Aku rasa bersalah pada diri aku kerana benda ini tidak akan berlaku jika aku tidak terlalu percayakan orang. Namun, juru kamera ini sangat baik dan dia melunaskan semua janji kepada dirinya dengan gambar yang cantik. Malah, di sebabkan dia, aku pun sudah menjadi model fitness yang lumayan tawarannya.
Namun, sejak dari peristiwa itu, aku mula rasa tertarik untuk berhubugan dengan lelaki. Pun begitu, aku masih lagi dapat mengawal nafsuku. Aku pun sudah lama tidak menghubungi juru kamera itu dan terbaru aku dapat makin ramai lelaki hot dan kacak menjadi modelnya.
Lama-lama selepas menyelidik, tidak semua model menjadi mangsa nafsu songsangnya. Hanya yang dikategorikan citarasanya akan dijamah badan. Jika tidak, dia akan melayan semua orang macam biasa. Tetapi adakah aku kini dalam kategori lelaki homo?
Jika anda mempunyai kisah menarik, boleh hubungi kami di sosial media Korea Buzz untuk berkongsi cerita dalam segmen X-FILES.