Duta Korea Bagi Hadiah Jika Anda Kongsi Video Cara Unik Atasi Pandemik COVID-19 Bersama!

Sempena sambutan hari kebangsaan Korea Selatan, pihak kedutaan Korea Selatan Di Malaysia mahu menjemput warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan video untuk memeriahkan lagi hari kebangsaan Korea yang bakal di sambut pada 3 Oktober 2021.

Menyedari faktor keselamatan akibat pandemik COVID-19, sambutan secara fizikal tidak akan dianjurkan tahun ini. Oleh itu, pihak kedutaan hargai agar orang ramai dapat menyertai sambutan ini secara virtual atau atas talian.

Foto hiasan PEXELS


Seandainya anda curiga atau tidak tahu bagaimana cara untuk menyertainya, anda boleh menghantarkan e-mel kepada koreanembassymykr@gmail.com .

Berikut adalah cara anda untuk menyertai pertandingan ini:

Foto hiasan PEXELS


Tema: Cara Atasi Pandemik COVID-19 Bersama
Tarikh tutup pendaftaran atas talian: 31 Ogos 2021
Borang pendaftaran: https://forms.gle/VeapK2Sj6UQrhz6u6
Durasi video: 2 hingga 3 minit
Bahasa video: English, Korea dan Melayu (boleh campur bahasa)
Tarikh akhir hantar video: 15 September 2021

Foto hiasan pexels

Video terpilih akan dimasukkan ke dalam Video Sambutan Hari Kebangsaan Kedutaan dan diberi hadiah rasmi.

Syarat tambahan

1. Wajib mendaftar menggunakan borang google
2. Mesti muat naik video di saluran youtube anda sendiri
3. Hantar link video ke koreanembassymykr@gmail.com 
4. Tiada garis panduan khusus selagi tiada isu sensitif ditangani (terbuka kreativiti anda)”

Kongsikan artikel ini