Kopi Jot Berarti Kemaluan Lelaki Dalam Hangul, Netizen Kecewa Ia Tiada Dalam Pasaran Korea

Baru-baru ini, laman Instagram tular dengan jenama kopi antara iaitu Jot Coffee. Difahamkan, identiti jenama kopi ini sangat sukar untuk diedarkan di Korea tetapi mendapat perhatian luar biasa dari netizen di Korea.

Perkara ini menjadi tular apabila laman komuniti Korea seperti Instagram dan Epem Korea telah menyenaraikan jenis Kopi yang tidak boleh dibawa masuk Korea. Memandangkan orang Korea gemar minum kopi, sebab itulah perkara ini menjadi perhatian.

Dari banyak-banyak jenama kopi itu, Jot Coffee tersenarai. Jot Coffee berasal dari Colorado Amerika Syarikat. Ia adalah kopi campuran air dan susu berserta ekstrak 20 kali dari kopi biasa.

Kopi Jot!

Makna sebenar kopi tersebut tidak diketahui umum tetapi erti dalam English ialah sangat kecil. Selain tidak boleh masuk Korea, kopi ini menjadi perhatian kerana namanya Jot. Kalo mengikut sebutan, ia sama makna dengan perkataan Korea yang bereti kemaluan lelaki.

Disebabkan ini jugalah, kopi ini juga sangat sukar untuk berada dalam pasaran Korea. Netizen memberikan banyak komen di Instagram termasuk mengajak orang supaya menyebutnya Gioti daripada Jot atau Jat yang pelik kedengarannya.

Ada juga berpendapat, tidak kisah bagaimana sebutanya tetapi kopi ini akan menjadi bualan ramai masyarakat Korea. Selain itu netizen merasakan perkara ini tidak melucukan tetapi sekarang ia adalah kopi.

Kongsikan artikel ini