Kryz: Nafi Berlakon Filem Gay Lucah, Ramai Sangat Suka Tengok Saya Bogel Ke?

“Kenapa apabila ada kontroversi tentang foto bogel, saya sering jadi mangsa? Ramai sangatkah orang yang tunggu dan nak lihat saya berbogel?,” luahan Kryz penyandang Mister Global Malaysia 2019 yang kini aktif sebagai model untuk beberapa iklan komersil di Malaysia.

Menyedari hakikat tanggapan ramai merasakan dia mempunyai iras wajah lelaki Korea, ia tidak pula membuatkan Kryz mendabik dada dan tidak perlu berusaha untuk bergelar model berbakat dan terbaik di Malaysia. Malah, anak muda yang masih lagi menuntut di kolej swasta ini mengaku bahawa banyak kata pembayang menerusi cerita kontroversi itu terkena pada dirinya.

“Saya mengikuti perkembangan tentang gosip panas itu. Sebagai model, saya perlu ambil tahu. Hakikatnya, saya terkejut apabila orang menuduh saya membuat perkara tersebut. Memang betul, hint yang diberikan itu ada yang saya alami. Contohnya, saya pelajar universiti, wajah iras Korea dan menjadi model pakaian dalam.

“Namun, terus-terang walaupun saya berbangsa Cina, saya tidak akan buat perkara sedemikian rupa. Ia bukan saja merosak diri saya pada akan datang, malah ia menjejaskan nama baik saya dan keluarga saya. Lebih teruk lagi, ia merosak nama baik Malaysia yang sememangnya indah dan baik di mata dunia.



“Secara jujur, model yang berlakon filem lucah homo itu bukan saya. Tetapi saya rasa, saya kenal dengan model yang dimaksudkan itu. Pun begitu, saya mohon maaf saya tidak boleh beritahu siapa dia, takut pula, saya silap orang. Lambat laun, orang akan tahu siapa dia,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kariernya sebagai model, ini merupakan kali kedua dia dipalit dengan kontroversi. Awal tahun 2020, Kryz digelar model puting selepas menggayakan baju melayu transparent yang mengundang kemarahan netizen.



“Saya bukannya marah. Malah, saya rasa terkejut, kerana netizen sering memetik nama saya tentang isu berkaitan. Saya tahu, saya masih lagi baru dan belum popular lagi. Saya pun masih lagi belajar. Mujurlah saya dapat bimbingan yang baik dari pengurusan baru saya.

“Saya bukannya melupakan jasa orang yang sebelum ini pernah mengangkat saya. Namun, dengan perubahan nama dari Chris Chan kepada Kryz , ia adalah jenama baru buat saya. Saya pun selesa kerana ia banyak mengubah saya.



“Mungkin saya tidak boleh jadi popular seperti rakan model yang lain. Namun, saya akan berusaha menjadi model yang terbaik. Paling kurang pun, jadi kebanggaan orang yang saya sayangi,” kata Kryz yang masih lagi pasang badan kerana demand yang tinggi.

Kongsikan artikel ini