Kwon Hee Nak Popular, Guru Bahasa Korea Jelas Status Hanya Berseluar Dalam & Badan Seksi!

Seorang lagi peserta yang terlibat dengan KBTalk, Kwon Hee mengundang kemarahan peminat apabila dia enggan menjawab dan tidak mahu menerima soalan dari salah seorang peminat.

Walaupu tindakan tersebut dilaksanakan Kwon Hee, 29, dia mahu memberi peluang kepada peminat lain untuk bertanya kepadanya. Dalam pada itu, dia juga tidak mahu menjawab soalan yang terlalu peribadi.

Dalam pada itu, Kwon Hee yang bertugas sebagai guru bahasa Korea berterima kasih apabila dianggap finalis Altitude World Supermodel yang mempunyai badan yang paling mantap dan seksi. Malah, dia turut menganggap dia antara peserta yang paling bagus potongan badan.

Sewaktu mengajar. Instagram Kwon Hee


Disamping itu, jejaka tinggi lampai ini tidak menafikan bahawa finalis lain iaitu Misha, Paul dan Young Su ada kehebatan tersendiri.

“Paul dan Misha adalah persaingan yang sangat baik. Namun, saya rasa Misha lebih menjadi pesaing utama kerana bakatnya yang terlalu banyak.

“Sesiapa saja boleh menjadi pelajar saya. Harganya berdasarkan jarak saya dan rumah pelajar berkenaan. Sangat mustahil untuk saya tinggal bersama pelajar saya.

Instagram Kwon Hee

“Tetapi kalau pelajar itu isteri saya, sudah tentu saya akan mengajarnya dengan baik,” katanya.

Dalam sesi tersebut, Kwon agak lambat memulakan kerana dia mempunyai tugasan sebelah malah. Malah, dia menjelaskan bahawa jadualnya sangat pandat dan masih lagi bekerja sehingga tengah malam.

“Mana awak tahu juri garang? Status tersebut bukan bermakna juri jahat. Bagi saya, mereka semua ok saja. Tetapi saya yang rasa saya finalis yang teruk.


“Saya mahu jadi popular. Saya juga ada matlamat sendiri dalam program ini ” ujarnya.


Sekiranya anda rasa Kwon Hee layak menjadi pemenang AWS dan beberapa kategori lain yang dipertandingkan, anda boleh mengundinya di sini.