Aktor Lee Byung Hun Derma RM365K Sempena Hari Jadinya Yang Ke 51 Tahun!

Sempena hari lahirnya ke 51 tahun yang disambut pada 12 Julai, aktor senyuman manis, Lee Byung Hun telah mendermakan sejumlah wang RM365K. Perkara ini telah disahkan pihak pengurusannya iaitu BH Entertainment pada 12 Julai 2021.

Difahamkan, wang tersebut telah didermakan kepada Hospital Kanak-Kanak Asan yang terletak di Seoul. Niat ini dilaksanakan suami Lee Min Jung semperna umurnya kini sudah mencecah 52 tahun mengikut kiraaan orang Korea.

FOTO NAVER

“Rawatan sakit kronik untuk kanak-kanak amat susah. Saya faham sama ada ia pulih atau pun tidak dalam waktu yang singkat. Pesakit dan keluarga perlu melawan untuk tempoh yang lama. Saya hanya mahu mereka selesa dengan bantuan sedikit ini,” katanya.


Aktor bakat besar ini juga telah mendermakan nilai yang sama pada tahun lalu. Bantuan ini juga diberikan kepada kanak-kanak miskin yang terjejas kerana COVID-19. Kelab pemint LUVUS juga terlibat sama menderma.

Sementara itu, aktor ini baru saja berangkat ke Perancis pada 11 Julai 2021 dari lapangan terbang antarabangsa Incheon. Dia telah dijemput untuk menghadiri Festival Filem Cannes yang ke 74 untuk filem lakonannya berjudul Declaration of Emergency.

Kongsikan artikel ini