Kemesraan Pemain Bola Sepak Lee Kang In Dicurigai! Dedah Lovestagram Yang Tak Diduga

Pemain bola sepak Korea, Lee Kang In mendapat perhatian peminat apabila dia mendedahkan kisah Lovestagram yang tidak terduga. Pada 9 Ogos 2021, Lee Kang In telah muat naik insta-story yang menampilkan dirinya dengan seorang yang kurang dikenali pasti indentitinya.

Bermula dengan foto seseorang iaitu Eon Won Sang yang senyum lebar dikuti dengan Lee Kang In yang menghulur tangan untuk Eon Won Sang.

Antara foto dari Insta Story

Kemudian dengan foto mereka berdua berjalan bersama dan mengambil swafoto. Malah, ada juga foto mereka duduk bersebelahan dengan atmosfera yang gembira.

Terdapat juga foto Um Wong Sang juga menghalang Lee Kang In dari merakam gambar.  Mereka juga mengambil gambar bersama dihadapan cermin dalam sebuah hotel. Lee Kang In berdiri sebelah dengan wajah yang comel.

Aksi mesra yang mengundang tanda tanya


Kesemua gambar ini adalah memori dia bersama Eom Won Sang dan membuatkan warganet terkejut. Ada juga menyangka adakah ini lovestagram atau instagram pasangan bercinta.

Selain itu, ada meninggalkan komen dengan bertanya adakah mereka berdua sedang bercinta? Apa sekalipun, pelbagai reaksi mengejutkan dan ramai mula syak sesuatu.

Mungkin inilah bromance?




Kongsikan artikel ini