Lelaki Amal Diet Untuk Kurus Kena Hukum Penjara Dua Tahun!

Seorang lelaki yang dituduh dengan sengaja menurunkan berat badan dan mengelakkan diri dari bertugas sebagai askar telah dijatuhi hukuman penjara dalam perbicaraan kedua berikutan perbicaraan pertama.

Berdasarkan perundangan profesional yang dikeluarkan pada 31 Mei 2021, lelaki berusia 20-an itu mempunyai berat badan 49.2 kilogram dengan bacaan BMI 17.3. Keputusan tersebut telah dikeluarkan pada Jun 2016 sewaktu dia menjalani ujian berat badan untuk latihan ketenteraan di Korea.

Pada waktu itu, nilai BMI melebihi 17 yang mana sekarang ini BMI 16 yang diklasifikasikan aktif untuk jalani latihan tentera. Bagaimanapun, sewaktu menjalani ujian selanjutnya pada Oktober 2017, BMInya turut kepada 16.4 dengan berat badan sebanyak 46.4 kg. Dengan keputusan tersebut, dia diarah berkhidmat dalam perkhidmatan sosial kelas empat.

Foto hiasan Alta Club


Selepas disiasat oleh pengurusan askar pada Ogos 2018, berat badanya adalah 50.4kg dengan indeks BMI 17.7. Hukuman pertama  yang dikeluarkan pada Jun untuk lelaki ini yang melanggar peraturan askar Korea ialah dua tahun hukuman.

“Bukan saja melepasi BM 17 sewaktu sekolah menengah, bukti mesej mendapati lelaki ini sengaja mengurangkan berat badannya kerana tidak mahu menjalani latihan khidmat tentera,” kata perundangan tentera.


Menafikannya, lelaki tersebut berkata dia secara asli telah hilang berat badan kerana penat dan bekerja sambilan pada malam hari.

Jabatan Hal Ehwal Jenayah Mahkamah Daerah Daejeon 2  menerusi Ketua Hakim Nam Dong-hee) telah mengekalkan penghakiman asalnya menjelaskan bahawa mahkamah membenarkan sementara indeks BMI diukur di bawah 17 selepas mengetahui bahawa lelaki tersebut boleh menurunkan berat badan sedikit selepas ujian perkhidmatan ketenteraan pertama.

Mahkamah memutuskan Defendan kurus dan berat kurang daripada biasa. Namun Hukuman itu setimpal kerana ia membawakan imej buruk dalam mendedikasikan pentadbiran tentera.


Kongsikan artikel ini