Lelaki Usia 30 Tahun Didenda 6 Juta Sebab Lari Tayang Kemaluan Di Tepi Jalan!

Seorang lelaki bangsa Korea telah dikenakan denda sebanyak 6 Juta Won selepas dia didapati bersalah berlari dengan menunjukkan kemaluan di tepi jalan. Lelaki yang dikenal pasti berusia lingkungan 30 tahun ini melakukan perkara tersebut dalam pengaruh alkohol atau mabuk.

Mahkamah Daerah Ulsan menyatakan pada 13 Mac 2021, bahawa lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman denda 6 juta won yang dibicarakan kerana melanggar Akta Hukuman Salah Laku.


Lelaki berkenaan dimaklumkan telah melakukan salah laku berkenaan pada Oktober tahun lalu yang mana dia telah menyebabkan orang awam tidak selesa. Dia didapati telah berlari-lari dengan keadaan seluarnya lucut ke bawah sehingga menampakkan punggung dan anunya selama lebih 30 minit.

Kongsikan artikel ini