Ini Jadinya Bila Lelaki Korea Bukan Islam Berpuasa & Bersahur Sampai Nak Solat Sama!

Masyarakat bukan Islam di Malaysia untuk ikut berpuasa bukanlah satu perkara baru. Ini kerana semakin ramai bangsa Cina dan India turut sama berpuasa di bulan Ramadan walaupun mereka bukan penganut agama Islam. Malah selebriti bangsa Cina seperti Soo Winci dan Alvin Chong juga tidak tinggal untuk berpuasa selama sebulan setiap tahun.

Namun, bagi kaum Korea yang bukan Islam untuk turut serta adalah satu perkara yang baru. Pun begitu, dua lelaki Korea bernama Brian dan Michael telah mencabar diri mereka untuk berpuasa dengan bimbingan Daud Kim. Ternyata, mereka berdua bukan omong kosong sebaliknya bersungguh-sungguh berpuasa selama 4 hari berturut-turut.

Brian


Bukan saja berpuasa, Brian yang semakin popular dikalangan peminat Korea kerana ketampanannya dan personaliti yang menarik turut berkongsi dia hanya bersahur dengan minum air dan makan biskut manis saja. Malah, Brian yang pertama kali berbuka puasa dan mengunjungi masjid di Itaewon Korea turut berasa segar dan nyaman.

Lebih menarik lagi, Brian mengaku hatinya terasa sesuatu apabila melihat Daud Kim dan orang Islam mengerjakan solat sehingga dia berasa ingin turut serta solat. Walaubagaimanapun, Brian takut untuk turut serta solat dan khuatir ia boleh menganggu atau tindakan biadap bagi orang bukan Islam untuk cuba bersembahyang.

Michael


Mempersetujui apa yang diluahkan Brian, Michael yang bekerjaya sebagai model turut pertama kali mencuba berpuasa. Kesukaran baginya adalah untuk tidak minum seharian. Namun, dia mengalami pengalaman indah apabila bersahur dan berbuka puasa bersama orang Islam.

Tambah istimewa, Michael turut pertama kali makan makanan arab berupa nasi Mandy dengan menggunakan tangan. Aksinya amat lucu tetapi Michael berjaya melaksanakan seperti masyarakat Islam yang lain.

Untuk melihat dan ketahui lebih lanjut pengalaman mereka berpuasa dan bersahur, anda boleh menonton video yang disediakan Daud Kim. Anda juga boleh bertanya dengan Daud Kim diruangan Diary Ramadan DK Family yang KOREA BUZZ sediakan.

Kongsikan artikel ini