95% Lelaki Korea Tiada Bulu Di Muka, Ini Jawapan Tepat Sama Ada Lelaki Korea Itu Jambu Atau Kacak Sama Macam Drama Korea!

Persoalan benarkah lelaki Korea semua kacak dan jambu seperti dalam drama Korea sering menjadi tanda tanya peminat drama Korea. Lebih-lebih lagi peminat wanita. Namun, apa yang boleh dikatakan, gambaran masyarakat Korea sama macam drama itu boleh dikategori separuh benar dan separuh lagi hanya rekaan semata,

Oleh sebab itulah, agak sukar mengenal pasti sama ada lelaki Korea benar-benar kacak atau jambu persis dalam drama hanya boleh dijawab bagi mereka yang pernah menginap di Korea Selatan.

Mungkin jawapan paling tepat adalah, wajah lelaki-lelaki Korea boleh dikatakan banyak yang sama. Yang berbeza hanya sedikit saja. Namun, hampir 95% lelaki Korea tidak mempunyai misai. Malah, seandainya lelaki Korea itu tidak pergi latihan ketenteraan, maka memang jambu dan femininlah wajah mereka.

Foto hiasan Serial Monster Korea

Jadi, tidak hairanlah ramai bintang KPOP yang dulu jambu macam wanita menjadi sado selepas menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan bagi semua lelaki Korea. Bagi anda yang mahu ke Korea dan berjumpa lelaki kacak dan jambu, anda bolehlah pergi ke Hongdae, Apgujeong, Gangnam, Sinsa, Hapjeong dan Daehangno.

Ini kerana, disinilah berpusatnya ramai lelaki dan wanita Korea berstatus pelajar universiti menetap. Disinilah juga, anda boleh menilai dan mencari persoalan adakah benar lelaki Korea atau oppa-oppa semuanya kacak atau jambu.

Kongsikan artikel ini