Ini Jawapan Samada Lelaki Korea Nak Peluk Islam Demi Kahwin atau Dating Wanita Muslimah!

Youtuber Mualaf terkemuka di Korea, Daud Kim menerima pelbagai persoalan dari wanita muslim sedunia mengenai penerimaan lelaki bangsa Korea terhadap wanita Islam.

Malah, persoalan yang paling tinggi diterima adalah adakah lelaki Korea bergelar Korea mahu bercinta atau berkahwin dengan wanita Islam tidak kisahlah dari mana asalnya. Bagi membongkar persoalan tersebut, Daud Kim atau Kim Jae Han telah mewawancara beberapa lelaki Korea terhadap isu berkenaan.

Daud Kim bersama Brian dan Jefrey.

Ternyata jawapan yang diberikan sangat mengejutkan. Malah, majoriti lelaki Korea yang ditemuramah tidak menolak seandainya jodoh mereka adalah bukan wanita Korea dan beragama Islam.  

Dalam pada itu, komen yang paling mengejutkan adalah mereka sanggup memeluk Islam demi cintanya terhadap wanita Islam itu. Tambah menarik, ada juga lelaki Korea mengatakan wanita Islam jauh lebih cantik walaupun mereka berhijab.

Brian bersama gadis dari Malaysia.


Untuk mengetahui jawapan lebih terperinci mengenai persoalan ini, anda boleh menonton video penuh dari Daud Kim yang kini masih berjihad walaupun pernah jatuh seketika apabila diheret dengan kontroversi mempergunakan Islam.


Kongsikan artikel ini