Tak Nak Cakap & Campak Telefon Pintar, Lelaki 30-an Terjun Laut Dari Jambatan Tinggi!

Kira-kira jam 2.03pm pada 17 Mei 2021, seorang lelaki dipercayai berumur lingkungan 30 tahun telah terjun dari jambatan Bongam di Yanggok-dong, Seongsan-gu, Changwon-si, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan.

Pihak polis yang berjaya tiba di tempat kejadian sebelum lelaki ini terjun menghadapi kesukaran untuk memujuk lelaki berkenaan. Malah, tujuan lelaki ini mahu terjun juga tidak dikenal pasti lagi.

Foto tempat kejadian oleh News !


Bagaimanapun, menurut laporan, sebelum terjun, lelaki ini telah mencampak telefon pintar miliknya dan duduk termenung di atas jambatan. Malah, dia juga menolak untuk berkata-kata apatah lagi menjawab soalan yang cuba ditenangkan oleh pihak penyelamat.

Pun begitu, pihak keselamatan telah berjaya memasang alat keselamatan di jambatan tersebut dan dua pegawai penyelamat telah menunggu di dalam bot untuk menanti sebarang jangkaan berlaku.

Kongsikan artikel ini