Selepas Serang Pegawai Polis, Lelaki Kencing Dalam Seluar Sewaktu Ditahan Di Balai Polis

Balai Polis Gwangju Bukbu sedang menyiasat seorang lelaki usia lingkungan 40 an atas tuduhan menyerang seorang pegawai polis di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kekacauan di sebuah pejabat kerajaan.

Menurut laporan polis Gwangju pada 5 Mac 2021, lelaki tersebut disyaki menolak dan menendang seorang pegawai polis di hadapan sebuah bar di Payung-dong, Buk-gu, Gwangju, sekitar jam 2:25 pagi selepas polis berkenaan memintanya untuk pulang ke rumah.

Selepas menolak polis berkenaan dengan menyebabkan dia melakukan jenayah, lelaki itu telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Lebih teruk lagi, lelaki itu terus mengamuk dan menimbulkan gangguan di balai polis itu sambil kecing dalam seluar.

Atas dasar itu, polis sedang mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap lelaki tersebut bagi menyiasat mengenai kes yang berlaku melibatka lelaki mabuk itu.

Kongsikan artikel ini